Mengenai Saya

Foto saya
Seorang isteri,ibu kepada 4 hero lelaki dan surirumah sepenuh masa

Jumaat, 8 Julai 2022

BUAH HATI PERTAMA PART 1

Wajah ketika baru dilahirkan

Muhammad Zikri Dani Bin Mohd Firdaus nama anak sulung ibu abah. Dilahirkan di Hospital Gerik,Perak pada tanggal 17 Mac 2013 @ 10.25pm . Ibu lahirkan dia tanpa suami disisi. bertarung sorang dalam dewan bersalin 😊 hanya mak yang teman masa tu. Bila teringat balik rasa serik nk mengandung dan bersalin sebab anak sulung sakit lain macam dan paling sakit antara semua. Dani anak istimewa ibu abah sebab lahir jer jelas nampak tanda lahir hijau besar dari pinggang sehingga lutut .

baru beberapa hari

Cukup 24jam sepatutnya bole discaj tiba-tiba ibu tukar pampes nampak darah dekat najis dani. Disebabkan itu doktor tahan tidak bagi balik suruh admit ward atas untuk pantau dengan keadaan diri ibu tak larat sangat sakit kena jaga anak sendiri rasa nak menagis masa tu. Ditambah bengkak susu rasa seksa sangat dani meragam tengah malam nagis sampai ibu mati akal rasa, abah datang tolong jaga. Esok nya nurse bagitau doc nak masukkan scope ikut dubur dani nak tengok mana punca berdarah. Ibu abah tidak benarkan buat. Ibu cakap mungkin dani tertelan darah masa duduk di laluan tempoh ibu nak bersalin kan dani lama sangat lebih dari 24jam 😢.

Dani 3bulan

Alhamdulillah dani membesar dengan walaupun meragam,nagis mengamuk syukur abah ada. Abah yang jaga yg dodoikan dani sampai tido. Umur dani 11bulan Allah bagi ibu abah rezeki mengandung balik. 😊


Harijadi Dani 1 Tahun
Dani dengan ibu 




Dani pandai jalan ketika umur 1 tahun 1 bulan, Dani pandai cakap awai dari adik-adik semua belum 1 tahun dani dah pandai cakap "Abah..baaa.baaa Abah"....bila adik Umar lahir Dani dah bole sebut "Muhamad jikli dani" 😂. Dani rapat sangat dengan abg sepupu Aqim Farish dari baby sampai sekarang balik kampung cari abg Akim.


Dani dan Abg Akim
Dani dan Abg Akim





kawan main sama-sama
Sunat sama-sama 2018
Bab sakit dan masuk ward tidak terkecuali dani masa kecil kerap demam panas dan semput/penat. ada beberapa kali dani kena sedut gas dan masuk ward. Hopital
Gerik dan Hospital Segamat. Alhamdulillah bila semakin membesar dani dah kurang sakit. 

Dani ketika demam panas




Dani ketika masuk ward

Pada 2018 dani berumur 5tahun dan start sekolah tadika di Tadika Kemas Kem Gemas.Awal masuk kelas agak excited bila abah tinggal start mata berair cikgu hantar gambar dani macam nak nagis 😅. Makin bila dah bersekolah bergaul dengan kawan-kawan dani ok bila pergi sekolah. 


Hari pertama tadika 2018 (masih 0k)
 
baru mood ok 
Dani bersama kawan sekelas 2018


Dani bersama kawan sekelas 2018
   
Pada hujung tahun 2018 abah kena pergi kursus selama 6 bulan di IJED PORT DICKSON dani terpaksa berpindah sekolah ke Tadika Kemas Kg Air Panas. Bermula bulan 10 sehingga hujung bulan 3. Akhir bulan 3 kembali bersekolah di Tadika Kemas Kem sehingga habis 6 tahun. 

Tadika sama umar
Dani menang ketika hari sukan
                  
Ketika di tadika kemas kem 2019 dan hari konvokesyen untuk pelajar 6 tahun. Semasa Majlis Konvokesyen Tadika ada pertunjukan pakaian untuk pelajar 6 tahun. Dani tema Robinhood. Ibu jahit sendiri baju dani bersengkang mata ibu demi anak ibu.😌
 
Sebelum majlis bermula
Semasa majlis bermula
Selepas berakhir persembahan, masjlis konvoksyen dani terpilih untuk anugerah pelajar cemerlang dapat piala dan sijil dan beg sekolah Alhamdulillah tahniah buat anak ibu.

Ketika ambil anugerah


Alhamdulillah



Tahniah Zikri Dani

Maka berakhirlah sesi persekolahan dani di Tadika  5 tahun dan 6 tahun Alhamdulillah.
kita bersambung part 2 tentang buah hati pertama ibu .









Tiada ulasan:

Catat Ulasan